

Satu perlawanan persahabatan di antara pemain bola sepak handalan Chelsea dengan skuad negara akan diadakan bersempena siri Jelajah Asia. Skuad dari Chelsea ini akan berada di Kuala Lumpur selama tiga hari iaitu bermula dari hari Ahad hingga Selasa.
Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam Selasa ini dengan para pemain yang baru mengadakan perlawanan di China dan Macau. Kehadiran kelab yang muncul naib juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu itu sememangnya amat dinanti-nantikan apatah lagi ia semakin diminati ramai.
Ini kerana kelab itu menghimpunkan pemain handalan dunia seperti penjaga gol Petr Cech, pemain Prancis Claude Makelele, penyerang terbilang Ukraine Andriy Shevchenko, pemain Jerman Michael Ballack dan pemain Prancis Nicolas Anelka. Tidak ketinggalan pemain kebangsaan England seperti Ashley Cole, Frank Lampard, Joe Cole, Shaun Wright-Philips dan John Terry.
selain itu kunjungan mereka ke negara ini merupakan peluang terbaik bagi para peminat untuk melihat secara langsung pemain handalan dunia di kelab itu beraksi di samping dapat memberi pendedahan kepada skuad bolasepak Malaysia.
Skuad Malaysia akan dibarisi oleh gandingan pemain senior dan baru bagi menyekat kemaraan Chelsea.
(Dipetik dan diubahsuai dari Utusan Malaysia, Sabtu, 26 Julai 2008)
Sebagai peminat bolak sepak saya begitu teruja untuk menantikan kemunculan pasukan bola sepak terkenal Eropah iaitu Chelsea ke Malaysia. Namun saya amat risau dengan persediaan skuad negara untuk berhadapan dengan pasukan gergasi Eropah ini. Walaupun saya tidak menjangkakan keputusan yang mengejutkan ke atas Chelsea, sekurang-kurangnya saya amat berharap skuad negara turun dengan semanagat juang yang tinggi dan mereka perlu menjaga imej negara. Selain itu saya berharap pasukan negara akan mengambil peluang ini sebagai pendedahan untuk mempamerkan karisma dan sikap juang yang tinggi, jangan benarkan kita menjadi pasukan belasahan dan jangan sampai Chelsea 'kenduri' gol. Selamat Berjuang.