Monday, July 21, 2008

'Pelari Kaki Bilah' Terlepas Olimpik


Berdasarkan petikan akhbar mingguan Malaysia pada tarikh 20 Julai 2008, atlit kurang upaya (OKU), Oscar Pistorius dari Afrika Selatan telah terlepas peluang daripada bertanding dalam olahraga Sukan Olimpik Beijing 2008.
Pelari pecut yang kudung kedua belah kaki itu terlepas peluang menyertai pasukan berganti-ganti 4x400 meter Afrika Selatan. Ini kerana beliau tidak dapat melepasi masa kelayakan 400m iaitu 45.55 saat, catatan terbaik yang pernah beliau catatkan adalah 46.25 saat.
Sebelum itu beliau menghadapi masalah dengan Persekutuan Olahraga Antarabangsa(IAAF )berhubung bilah kaki prostetik yang digunakannya kerana bilah gentian karbon itu didakwa memberikan satu kelebihan yang tidak adil terhadap pelari yang sempurna. Namun Mei lalu Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan beliau menang ke atas perbalahan dengan IAAF.

(Dipetik dan diubahsuai dari Mingguan Malaysia, Ahad, 20 Julai 2008)

Berdasarkan artikel ini saya mendapati antara faktor yang menyebabkan beliau gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik adalah kes perbalahan beliau dengan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF). Perbalahan itu menyekatnya dari memberikan tumpuan penuh terhadap latihan dan cita-citanya untuk beraksi di Sukan Olimpik.
Seharusnya pihak Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) memberikan beliau galakkan dan sokongan dari segi mental, fizikal, kelengkapan dan peralatan serta pelbagai insentif lain yang diperlukan oleh beliau untuk berjaya dalam bidang olahraga. Sepatutnya perkara inilah yang wajib dilakukan oleh pihak IAAF terhadap Oscar Pistorius dan bukannya menyekat peluang beliau untuk berjaya.

2 comments:

aiShaH said...

Dalam Sukan macam-macam perkara boleh terjadi.. tapi saya respect dgn semangat beliau..

Amar said...

Saya amat kagumi usaha dan semangat Oscar Pistorius yang mencuba untuk melayakkan diri menyertai pasukan relay 4x400m Afrika Selatan.
Saya sarankan agar atlit di malaysia juga mempunyai atau mencontohi beliau kerana kecacatan tidak menghalang beliau untuk bertanding di olimpik walaupun ada Sukan Olimpik untuk orang-orang cacat...
Satu lagi yang menarik adalah teknologi yang digunakan oleh beliau, jelas sekali negara tersebut mempunyai kreativiti dan innovasi untuk membantu atlit cacat seperti beliau menceburi bidang sukan olahraga..bagaimana pula dinegara kita...fikir-fikirkan....