Monday, August 25, 2008

Bolehkah Malaysia?


Seperti yang kita semua ketahui, sukan Olimpik Beijing telah melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini. Sehingga detik ini, Kontinjen negara hanya mampu meraih sebutir pingat perak menerusi pemain badminton perseorangan negara Lee Chong wei yang tewas kepada pemain tuan rumah Lin Dan dalam perlawanan akhir.
Walaupun negara kita mempunyai kemudahan sukan yang terbaik di rantau ini, tetapi pingat emas yang diidamkan sejak sekian lama masih belum mumcul dan ini amat mengecewakan semua pihak terutama sekali rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan galakan kepada atlet negara sepanjang Sukan Olompik berlangsung.
Semua pihak pasti tertanya-tanya dimanakah tahap kemampuan atlet negara, adakah mereka masih berada ditakuk lama. Perkara ini harus diambil serius oleh semua pihak, jangan sampai pada Sukan Olompik London 2012 keadaan yang sama masih lagi berulang.
Diharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil langkah awal bagi mengelakkan perkara ini dari berulang. Pihak kementerian mungkin boleh memulakan langkah mengesan muka-muka baru bagi mengantikan tempat muka lama sekarang, selain itu atlet-atlet berpotensi hendaklah didedahkan dengan pelbagai kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan mutu dan keupayaan mereka. Siapa tahu pada 2012 nanti mereka mampu mengukir sejarah dan menamatkan penantian pingat emas sukan olimpik negara.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saturday, August 16, 2008


Esok penantian Malaysia selama 12 tahun tanpa pingat di Sukan Olimpik akan terjawab menerusi jaguh perseorangan badminton , Lee Chong Wei yang mara ke perlawanan akhir. Selaku pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua di Beijing beliau menewaskan jaguh nombor satu Korea Selatan iaitu Lee Hyun-il dengan 21-18, 13-21, 21-13 di Universiti Teknologi Beijing.

Kini terserah pada beliau untuk menentukan pingat pertama negara samaada emas ataupun perak. Sekiranya emas beliau akan menjadi jutawan dengan habuan RM 1 juta menanti dan sekiranya perak beliau juga akan menerima ganjaran lumayan iaitu sebanyak RM 300, 000 daripada kerajaan Malaysia sebagai wang insentif.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada Temasya Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 menerusi pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock yang meraik pingat perak manakala Rashid Sidek memenangi pingat gangsa.

Menerusi rekod pertemuan Chong Wei dan Lin Dan ianya jelas berpihak kepada bintang China itu yang memenangi sembilan daripada 13 pertemuan mereka sejak kali pertama bertemu di Kejohanan Remaja Dunia pada 2000.

Namun begitu, Chong Wei memiliki kelebihan psikologi kerana memenangi perlawanan terakhir kedua-dua mereka ketika bertemu pada separuh akhir Piala Thomas di Jakarta, Mei lalu.

Diharapkan agar Chong Wei mampu mendapatkan pingat emas esok. Pada beliau diucapkan selamat berjuang.

Thursday, August 14, 2008



Cabaran Olimpik Bermula

Beijing – Sukan Olimpik Ke-29 yang menelan belanja RM128 bilion (AS$40 bilion dolar) dibuka dengan rasminya malam tadi dengan penuh warna –warni dan gilang-gemilang. Dengan mempersembahkan satu acara pembukaan yang penuh simbolik, unik dan menarik, menandakan ia permulaan bagi pembukaan gelanggang buat lebih 10,000 atlet dan pegawai yang bersaing dalam 38 acara yang dipertandingkan sehingga 24 Ogos ini. Acara pembukaan ini disaksikan oleh 90,000 penonton yang memenuhi stadium Nasional Sarang Burung sambil turut disaksikan lebih empat billion penduduk seluruh dunia menerusi televisyen. Obor temasya ini dinyalakan oleh bekas gimnas lelaki China, Li Ning yang pernah memenangi tiga pingat emas pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat menerusi satu gimik yang menarik dan penuh simbolik. Selain penyalaan obor, turut menarik perhatian pada upacara pembukaan selama tiga stengah jam itu alah persembahan akrobatik, kebudayaan, bunga api serta perarakan masuk kontinjen Negara yang bertanding. Kontinjen Malaysia masuk ke dalam stadium selaku kontinjen yang ke-10 dengan diketuai pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang selaku pembawa bendera. Sebanyak 204 negara terbabit dalam acara pembukaan semalam sebelum diakhiri kontinjen tuan rumah, China.

(Dipetik dan diubahsuai dari Utusan Malaysia, Sabtu, 09 Ogos 2008)

Harapan Emas Pertama Olimpik

Seperti yang kita ketahui, seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan dan impian untuk melihat Malaysia memenangi pingat emas di Beijing, tetapi mampukah atlet-atlet negara mengalas tugas ini dan merealisasikan impian ini dan mengulangi kejayaan atlet-atlet terdahulu seperti Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock dan adik-beradik Razif, Jalani dan Rashid Sidek. Diharapkan dengan pemberian insentif sebanyak RM1 juta kepada mana-mana atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas dapat merealisasikan impian negara untuk mengutip kilauan emas di Beijing nanti. Apa pun, saya amat mengharap sebahagian dari 33 atlet negara yang beraksi di dalam 29 acara di Beijing nanti dapat membawa pulang pingat emas untuk Malaysia kelak. Kepada mereka saya ucapkan selamat berjuang!