Monday, August 25, 2008

Bolehkah Malaysia?


Seperti yang kita semua ketahui, sukan Olimpik Beijing telah melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini. Sehingga detik ini, Kontinjen negara hanya mampu meraih sebutir pingat perak menerusi pemain badminton perseorangan negara Lee Chong wei yang tewas kepada pemain tuan rumah Lin Dan dalam perlawanan akhir.
Walaupun negara kita mempunyai kemudahan sukan yang terbaik di rantau ini, tetapi pingat emas yang diidamkan sejak sekian lama masih belum mumcul dan ini amat mengecewakan semua pihak terutama sekali rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan galakan kepada atlet negara sepanjang Sukan Olompik berlangsung.
Semua pihak pasti tertanya-tanya dimanakah tahap kemampuan atlet negara, adakah mereka masih berada ditakuk lama. Perkara ini harus diambil serius oleh semua pihak, jangan sampai pada Sukan Olompik London 2012 keadaan yang sama masih lagi berulang.
Diharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil langkah awal bagi mengelakkan perkara ini dari berulang. Pihak kementerian mungkin boleh memulakan langkah mengesan muka-muka baru bagi mengantikan tempat muka lama sekarang, selain itu atlet-atlet berpotensi hendaklah didedahkan dengan pelbagai kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan mutu dan keupayaan mereka. Siapa tahu pada 2012 nanti mereka mampu mengukir sejarah dan menamatkan penantian pingat emas sukan olimpik negara.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

1 comment:

EmBuN PaGi said...

Salam,
Cik Pena Mata Bulat,hehehe

mengikut berita yang embun pagi tengok dalam buletin utama tadi, dimaklumkan bahawa post mortem akan dibuat dan ia juga akan melibatkan jurulatih setiap sukan.(kalau xsilap dengar la kan).kalau nak buat post mortem kena buat bermula dari akar umbi la kan, ini mungkin kerana bukan atlit sahaja yang terlibat disebalik kemenangan dan kekalahan sesebuah pasukan.

embun pagi