Monday, September 1, 2008

SuKan Di Malaysia

Selepas berakhirnya sukan Olimpik Beijing 2008, suasana sukan negara kelihatan sedikit muram. ketiadaan kejohanan sukan yang besar membuatkan tumpuan peminat sukan negara beralih kepada Liga Bolasepak Perdana Inggeris, satu liga bolasepak paling menarik yang membabitkan kelab-kelab utama Inggeris. Tetapi apa yang ingin saya coretkan disini bukanlah berkaitan dengan bolasepak, tetapi tentang pelbagai isu yang melanda dunia sukan tempatan.
Selain kegagalan atlet negara untuk mengutip pingat emas di Olimpik, kita juga dikejutkan dengan kes cabul atlet wanita negara oleh pegawai KOAM, keadaan ini amatlah menyedihkan di saat mutu sukan negara hendak ditingkatkan nilai moral pegawai sukan pula dipersoalkan. Keadaan ini jika berterusan boleh membuatkan dunia sukan negara hanya kekal di takuk lama.
Tetapi apa yabg menarik perhatian saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah pengurnian darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada jaguh badminton negara Lee Chong Wei berserta wang ganjaran sebanyak RM300,000 dan pencen seumur hidup bernilai RM3000 sebulan. Diharapkan pelbagai isu ini mampu memperbaiki mutu sukan negara.

No comments: