Monday, September 29, 2008


Semalam, 28 Sepember 2008 telah berlangsung perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura di Litar Marina Bay. Perlumbaan ini adalah perlumbaan Formula Satu yang pertama berlangsung pada waktu malam. Edisi kali ini dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault dengan masa 1 jam57 minit 16.304 saat.
Tetapi apa yang menarik bagi saya bukanlah kememnangan Alonso tetapi tindakan penganjur Grand Prix Formula Satu Malaysiatidak jadi menganjurkan perlumbaan pada waktu malam. pada pendapat saya, tindakan yang di ambil itu sangatlah tepat, ini kerana perlumbaan pada waktu malam hanya akan menguntungkan para penonton di Eropah sahaja.
Malaysia bercadang untuk memulakan perlumbaan lewat dua jam daripada jadual asal. Langkah yang diambil ini sangat tepat kerana kos memasang lampu yang tinggi terpaksa dikeluarkan jika Malaysia hendak menganjurkannya pada waktu malam.
Walau bagaimana pun penganjuran F1 pada waktu malam di Singapura telah memberikan kelainan dan membuatkan F1 bertambah menarik.
Diharapkan penganjuran GP F1 di Singapura dapat memberikan persaingan yang sihat kepada GP F1 Malaysia.

Tuesday, September 23, 2008

Chong Wei Gagal di Terbuka Jepun


Akhbar pada ruangan sukan hari ini melaporkan tentang kegagalan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dalam saingan akhir Terbuka Jepun. Beliau kalah kepada pemain dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro. Selepas kalah mudah 17-21, 11-21 dan gagal mempertahankan kejuaraanya beliau mengaku tidak mampu memberi permainan terbaik kerana amat letih.
Malah, Chong Wei juga memberitahu yang beliau juga demam beberapa hari sebelum berlepas ke Tokyo, namun tetap mengagahkan diri untuk beraksi.
Selain itu Chong Wei juga berkata beliau terpaksa mengharungi jadual latihan dan kejohanan yang padat dalam menghadapi Temasya Beijing bulan lalu dan Piala Thomas di Jakarta Mei lalu. Ujarnya lagi, sejurus berakhir kempen Olimpik, dia terpaksa pula memenuhi undangan pelbagai majlis sambutan dan hanya dapat memulakan latihan kurang dua minggu sebelum Terbuka Jepun bermula. Saya pasti ramai yang kecewa dengan perkembangan ini. Kemenangan yang kita semua harapkan masih tidak kesampaian. Diharapkan Datuk Lee Chong Wei dapat memberikan aksi yang lebin hebat pada Kejohanan China Masters yang akan bermula esok. Selamat Maju jaya.

Sunday, September 14, 2008

9.5s Catatan Masa Buruan Powell


Laporan akhbar hari ini melaoporkan bahawa pelari pecut dari Jamaica Asafa Powell meramalkan kepantasan rekod dunia acara 100 meter mampu direndahkan sehingga 9.5 saat pada masa depan. Beliau berkata demikian kerana yakin dengan kemampuan dan pencapaian rakan senegaranya iatu pemenang pingat emas olimpik Usain Bolt untuk memcatatkan rekod tersebut pada tahun depan.
Berita tersebut betul-betul membuat saya berasa cukup kagum kerana manusia mampu untuk berlari sepantas itu. Usain Bolt dan Asafa Powell adalah manusia yang sama seperti kita cuma mungkin mereka memiliki sedikit kelebihan fizikal berbanding kita semua.
Namun apa yang saya ingin tekankan disini ialah dimanakah kemampuan atlet-atlet kita? setelah sekian banyak masa dan wang ringgit yang dilaburkan prestasi dan mutu sukan atlet kita masih boleh dipersoalkan.
Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Belia & Sukan meminta bantuan dari 'Jamaica' bagaimanakah caranya untuk melahirkan bintang pecut negara. Kerana hadiah wang tunai yang lumayan masih gagal untuk melahirkan kita jaguh pecut atau bintang sukan yang lain. Hanya Datuk Nicol dan Datuk Lee Chonh wei sahaja jaguh sukan yang boleh betul-betul dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

Tuesday, September 9, 2008

Langkah Sumbang Bola Sepak Malaysia


Seperti yang kita ketahui, Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim 2007-2008 berakhir dengan kerugian besar. Sebab utamanya adalah kerana semua pertandingan dan saingan akhir ini (Piala FA & Piala Malaysia) bertembung dengan saingan utama antarabangsa. Piala FA yang diadakan pada 21 Jun 2008 bertembung dengan kejohanan Negara-negara Eropah (Euro 2008) keadaan ini hanya terdaya menarik jumlah kurang 23,000 penonton, penurunan hampir 50 peratus berbanding final Piala FA musim lalu. keadaa ini berlaku kerana para peminat bola sepak tempatan lebin tertarik dengan kehangatan Euro 2008. Di samping itu kemuncak aksi Piala Malaysia diantara Kedah dan Selangor hanya dihadiri kira-kira 34,600 penonton sahaja, ianya berlaku ekoran pertembungan dengan Sukan Olimpik Beijing 2008. Keadaan diatas menunjukkan betapa seriusnya masalah mutu bola sepak negara. Kejohanan bola sepak negara sentiasa kalah kepada kejohanan lain walaupun dengan kehadiran pemain import berwibawa namun keadaan masih tidak berubah. diharapkan FAM akan mecdari idea bagi mengatasi masalh ini.

Monday, September 1, 2008

SuKan Di Malaysia

Selepas berakhirnya sukan Olimpik Beijing 2008, suasana sukan negara kelihatan sedikit muram. ketiadaan kejohanan sukan yang besar membuatkan tumpuan peminat sukan negara beralih kepada Liga Bolasepak Perdana Inggeris, satu liga bolasepak paling menarik yang membabitkan kelab-kelab utama Inggeris. Tetapi apa yang ingin saya coretkan disini bukanlah berkaitan dengan bolasepak, tetapi tentang pelbagai isu yang melanda dunia sukan tempatan.
Selain kegagalan atlet negara untuk mengutip pingat emas di Olimpik, kita juga dikejutkan dengan kes cabul atlet wanita negara oleh pegawai KOAM, keadaan ini amatlah menyedihkan di saat mutu sukan negara hendak ditingkatkan nilai moral pegawai sukan pula dipersoalkan. Keadaan ini jika berterusan boleh membuatkan dunia sukan negara hanya kekal di takuk lama.
Tetapi apa yabg menarik perhatian saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah pengurnian darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada jaguh badminton negara Lee Chong Wei berserta wang ganjaran sebanyak RM300,000 dan pencen seumur hidup bernilai RM3000 sebulan. Diharapkan pelbagai isu ini mampu memperbaiki mutu sukan negara.