Tuesday, September 23, 2008

Chong Wei Gagal di Terbuka Jepun


Akhbar pada ruangan sukan hari ini melaporkan tentang kegagalan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dalam saingan akhir Terbuka Jepun. Beliau kalah kepada pemain dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro. Selepas kalah mudah 17-21, 11-21 dan gagal mempertahankan kejuaraanya beliau mengaku tidak mampu memberi permainan terbaik kerana amat letih.
Malah, Chong Wei juga memberitahu yang beliau juga demam beberapa hari sebelum berlepas ke Tokyo, namun tetap mengagahkan diri untuk beraksi.
Selain itu Chong Wei juga berkata beliau terpaksa mengharungi jadual latihan dan kejohanan yang padat dalam menghadapi Temasya Beijing bulan lalu dan Piala Thomas di Jakarta Mei lalu. Ujarnya lagi, sejurus berakhir kempen Olimpik, dia terpaksa pula memenuhi undangan pelbagai majlis sambutan dan hanya dapat memulakan latihan kurang dua minggu sebelum Terbuka Jepun bermula. Saya pasti ramai yang kecewa dengan perkembangan ini. Kemenangan yang kita semua harapkan masih tidak kesampaian. Diharapkan Datuk Lee Chong Wei dapat memberikan aksi yang lebin hebat pada Kejohanan China Masters yang akan bermula esok. Selamat Maju jaya.

No comments: