Monday, September 29, 2008


Semalam, 28 Sepember 2008 telah berlangsung perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura di Litar Marina Bay. Perlumbaan ini adalah perlumbaan Formula Satu yang pertama berlangsung pada waktu malam. Edisi kali ini dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault dengan masa 1 jam57 minit 16.304 saat.
Tetapi apa yang menarik bagi saya bukanlah kememnangan Alonso tetapi tindakan penganjur Grand Prix Formula Satu Malaysiatidak jadi menganjurkan perlumbaan pada waktu malam. pada pendapat saya, tindakan yang di ambil itu sangatlah tepat, ini kerana perlumbaan pada waktu malam hanya akan menguntungkan para penonton di Eropah sahaja.
Malaysia bercadang untuk memulakan perlumbaan lewat dua jam daripada jadual asal. Langkah yang diambil ini sangat tepat kerana kos memasang lampu yang tinggi terpaksa dikeluarkan jika Malaysia hendak menganjurkannya pada waktu malam.
Walau bagaimana pun penganjuran F1 pada waktu malam di Singapura telah memberikan kelainan dan membuatkan F1 bertambah menarik.
Diharapkan penganjuran GP F1 di Singapura dapat memberikan persaingan yang sihat kepada GP F1 Malaysia.

No comments: