Saturday, August 16, 2008


Esok penantian Malaysia selama 12 tahun tanpa pingat di Sukan Olimpik akan terjawab menerusi jaguh perseorangan badminton , Lee Chong Wei yang mara ke perlawanan akhir. Selaku pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua di Beijing beliau menewaskan jaguh nombor satu Korea Selatan iaitu Lee Hyun-il dengan 21-18, 13-21, 21-13 di Universiti Teknologi Beijing.

Kini terserah pada beliau untuk menentukan pingat pertama negara samaada emas ataupun perak. Sekiranya emas beliau akan menjadi jutawan dengan habuan RM 1 juta menanti dan sekiranya perak beliau juga akan menerima ganjaran lumayan iaitu sebanyak RM 300, 000 daripada kerajaan Malaysia sebagai wang insentif.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada Temasya Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 menerusi pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock yang meraik pingat perak manakala Rashid Sidek memenangi pingat gangsa.

Menerusi rekod pertemuan Chong Wei dan Lin Dan ianya jelas berpihak kepada bintang China itu yang memenangi sembilan daripada 13 pertemuan mereka sejak kali pertama bertemu di Kejohanan Remaja Dunia pada 2000.

Namun begitu, Chong Wei memiliki kelebihan psikologi kerana memenangi perlawanan terakhir kedua-dua mereka ketika bertemu pada separuh akhir Piala Thomas di Jakarta, Mei lalu.

Diharapkan agar Chong Wei mampu mendapatkan pingat emas esok. Pada beliau diucapkan selamat berjuang.

1 comment:

Amar said...

Malam tadi, saya tidak berpeluang menonton kerana semasa siaran langsung perlawan akhir antara Lin dan Chong Wei saya kena hadir Malm Konsert Ritma Kenanga, UiTM Alumni Homecoming 2008 di Dataran Sultan Abd. Aziz Shah.

Sambil itu sembat saya SMS isteri saya tanya keputusan perlawanan tersebut. Ada juga tetamu yang hadir mencuru-curi peluang untuk menyaksikan di peti-peti TV yang terdapat berhampiran seperti di PTAR.

Jawapan SMS yang saya terima dari isteri saya "Kalah" itu sahaja.

Pada ketika itu, yang hanya sedikit kecewa kerana setiap kali menaruh harapan tinggi pada seseorang atlit tetapi mereka gagal unutk menang dan gagal memebrikan persembahan yang terbaik.
Saya tengo juga, perlawan akhir mixed double final dan juga double lelaki akhir...saya tengok saingan dan tentangan yang diberikan cukup sengit sehingga menyeret ke set penentuan...
Kalau kalah pun kita merasa puas, kita yang tengok ni pun bersemangat hing terangkat kaki dan tangan seolah-olah kita yang bermain..