Thursday, August 14, 2008



Cabaran Olimpik Bermula

Beijing – Sukan Olimpik Ke-29 yang menelan belanja RM128 bilion (AS$40 bilion dolar) dibuka dengan rasminya malam tadi dengan penuh warna –warni dan gilang-gemilang. Dengan mempersembahkan satu acara pembukaan yang penuh simbolik, unik dan menarik, menandakan ia permulaan bagi pembukaan gelanggang buat lebih 10,000 atlet dan pegawai yang bersaing dalam 38 acara yang dipertandingkan sehingga 24 Ogos ini. Acara pembukaan ini disaksikan oleh 90,000 penonton yang memenuhi stadium Nasional Sarang Burung sambil turut disaksikan lebih empat billion penduduk seluruh dunia menerusi televisyen. Obor temasya ini dinyalakan oleh bekas gimnas lelaki China, Li Ning yang pernah memenangi tiga pingat emas pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat menerusi satu gimik yang menarik dan penuh simbolik. Selain penyalaan obor, turut menarik perhatian pada upacara pembukaan selama tiga stengah jam itu alah persembahan akrobatik, kebudayaan, bunga api serta perarakan masuk kontinjen Negara yang bertanding. Kontinjen Malaysia masuk ke dalam stadium selaku kontinjen yang ke-10 dengan diketuai pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang selaku pembawa bendera. Sebanyak 204 negara terbabit dalam acara pembukaan semalam sebelum diakhiri kontinjen tuan rumah, China.

(Dipetik dan diubahsuai dari Utusan Malaysia, Sabtu, 09 Ogos 2008)

Harapan Emas Pertama Olimpik

Seperti yang kita ketahui, seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan dan impian untuk melihat Malaysia memenangi pingat emas di Beijing, tetapi mampukah atlet-atlet negara mengalas tugas ini dan merealisasikan impian ini dan mengulangi kejayaan atlet-atlet terdahulu seperti Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock dan adik-beradik Razif, Jalani dan Rashid Sidek. Diharapkan dengan pemberian insentif sebanyak RM1 juta kepada mana-mana atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas dapat merealisasikan impian negara untuk mengutip kilauan emas di Beijing nanti. Apa pun, saya amat mengharap sebahagian dari 33 atlet negara yang beraksi di dalam 29 acara di Beijing nanti dapat membawa pulang pingat emas untuk Malaysia kelak. Kepada mereka saya ucapkan selamat berjuang!

No comments: