Monday, July 28, 2008

Chelsea ‘menyerang’ Negara



Satu perlawanan persahabatan di antara pemain bola sepak handalan Chelsea dengan skuad negara akan diadakan bersempena siri Jelajah Asia. Skuad dari Chelsea ini akan berada di Kuala Lumpur selama tiga hari iaitu bermula dari hari Ahad hingga Selasa.
Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam Selasa ini dengan para pemain yang baru mengadakan perlawanan di China dan Macau. Kehadiran kelab yang muncul naib juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu itu sememangnya amat dinanti-nantikan apatah lagi ia semakin diminati ramai.
Ini kerana kelab itu menghimpunkan pemain handalan dunia seperti penjaga gol Petr Cech, pemain Prancis Claude Makelele, penyerang terbilang Ukraine Andriy Shevchenko, pemain Jerman Michael Ballack dan pemain Prancis Nicolas Anelka. Tidak ketinggalan pemain kebangsaan England seperti Ashley Cole, Frank Lampard, Joe Cole, Shaun Wright-Philips dan John Terry.
selain itu kunjungan mereka ke negara ini merupakan peluang terbaik bagi para peminat untuk melihat secara langsung pemain handalan dunia di kelab itu beraksi di samping dapat memberi pendedahan kepada skuad bolasepak Malaysia.
Skuad Malaysia akan dibarisi oleh gandingan pemain senior dan baru bagi menyekat kemaraan Chelsea.

(Dipetik dan diubahsuai dari Utusan Malaysia, Sabtu, 26 Julai 2008)

Sebagai peminat bolak sepak saya begitu teruja untuk menantikan kemunculan pasukan bola sepak terkenal Eropah iaitu Chelsea ke Malaysia. Namun saya amat risau dengan persediaan skuad negara untuk berhadapan dengan pasukan gergasi Eropah ini. Walaupun saya tidak menjangkakan keputusan yang mengejutkan ke atas Chelsea, sekurang-kurangnya saya amat berharap skuad negara turun dengan semanagat juang yang tinggi dan mereka perlu menjaga imej negara. Selain itu saya berharap pasukan negara akan mengambil peluang ini sebagai pendedahan untuk mempamerkan karisma dan sikap juang yang tinggi, jangan benarkan kita menjadi pasukan belasahan dan jangan sampai Chelsea 'kenduri' gol. Selamat Berjuang.

4 comments:

aiShaH said...

Walaupun tewas 2-0 namun pasukan Malaysia telah menunjukkan satu tahap permainan yang baik. ini yg kita mahupun, walaupun kalah tapi semnagat tidak gentar dan sentiasa berusaha untuk menetang pihak lawan harus diberikan pujian.. bukan hanya bermain alang kadar..

EmBuN PaGi said...

Salam,

keputusan yang agak surprise...walaupun Malaysia tewas tapi hanya 2-0..ok la tu kan?..walaupun sebelum game ramai yang kata habis la team kita..tapi kita dapat lihat bahawa team kita tidak seteruk yang disangka.

SRMC - The Solution Resource said...

Salam,

jadi ia satu pengalaman serta mengukur kemampuan pemain. Pemain perlu sedar ditahap manakah mereka dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekian.

K_real

zepp said...

Yeeee...nmpknya pn Aishah juga bersetuju dengan pendapat saya kan?..pemain tempatan kita masih hebat lagi kan?.....jadi,..tk perlulah kita mengambil pemain import...ingat Latipah...jgn jd tipah tertipu bang...maksudnya...Negara kita jgn tertipu dengan pemain import...sedangkan jurulatih import pun penah menipu pasukan Bolasepak Melaka suatu masa dulu..ingat tak?lupa la..masa tu tipah masih tadika lg tu..mana nk ingat..huhuhuhuhu.arios..hidup pemain tempatan..